DUNIA

MENTERI LUAR LAOS HADIRI AMM KE-58

06/07/2025 08:16 PM

VIENTIANE, 6 Julai (Bernama-KPL) -- Menteri Hal Ehwal Luar Laos, Thongsavanh Phomvihane akan mengetuai delegasi negara itu ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (Sesi Pleno) dan mesyuarat yang berkaitan di Kuala Lumpur, dari Selasa hingga Jumaat (8 hingga 11 Julai).

Agensi Berita Laos (KPL) melaporkan bahawa mesyuarat-mesyuarat itu akan diadakan di bawah Kepengerusian Malaysia dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan.”

Di luar acara itu, Menteri berkenaan dijangka mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari negara anggota ASEAN dan rakan dialog.

-- BERNAMA-KPL

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan