BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 AM

OPPO MALAYSIA PERKENAL SIRI OPPO RENO14 5G DENGAN CIRI AI TERKINI, REKAAN ESTETIK

02/07/2025 07:16 PM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- OPPO Malaysia melancarkan siri telefon pintar terbaharunya Siri OPPO Reno14 5G, yang menggabungkan kecanggihan teknologi fotografi berasaskan kecerdasan buatan (AI) dengan rekaan estetik berinspirasikan gaya hidup generasi muda (Gen Z).

Siri itu terdiri daripada tiga model iaitu OPPO Reno14 Pro 5G, OPPO Reno14 5G, dan OPPO Reno14 F 5G, setiap satunya menawarkan ciri-ciri inovatif untuk memenuhi keperluan pengguna moden.

Pengurus Pemasaran OPPO Malaysia Jonathan Lim berkata Siri OPPO Reno14 5G, menggabungkan teknologi Fotografi AI Flash termaju daripada OPPO bersama reka bentuk Iridescent Mermaid yang memancarkan kilauan pelbagai warna, melambangkan semangat kebebasan dan keberanian Gen Z.

“Selain itu, Siri OPPO Reno14 5G juga dilengkapi ciri kamera sudut lebar dalam pencahayaan rendah, yang sesuai digunakan ketika konsert atau aktiviti malam.

“Dengan sudut lebar 0.6x pada AI Flash Photography ini, semua individu dalam gambar dapat dirakam dengan jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan yang malap,” katanya selepas majlis pelancaran siri terbaharu telefon pintar itu, di sini semalam.

Beliau berkata siri berkenaan turut dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 8450 Mobile Platform, yang menjanjikan peningkatan prestasi multi-core hingga 41 peratus, serta penggunaan tenaga 44 peratus lebih cekap berbanding generasi sebelumnya.

Bagi memastikan prestasi optimum, semua model dalam Siri OPPO Reno14 F 5G hadir dengan sistem penyejukan canggih Vapor Chamber (VC), manakala Reno14 5G dan Reno14 Pro 5G turut dilengkapi dengan Sistem Penyejukan AI Nano Dual-Drive.

“Kesemua model ditawarkan dalam pilihan warna menarik, antaranya Reno14 Pro 5G dalam Opal White dan Titanium Grey; Reno14 5G dalam Opal White dan Luminous Green; serta Reno14 F 5G dalam Opal Blue, Glossy Pink dan Luminous Green,” katanya.

Sempena pelancaran rasmi Siri OPPO Reno14 5G, pelanggan boleh membuat pratempahan peranti bermula 1 hingga 12 Julai ini dan menikmati rebat segera antara RM150 hingga RM200 serta ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM2,396.

Siri itu ditawarkan dari harga RM1,399, selain pelbagai ganjaran pratempahan turut disediakan termasuk pelan perlindungan OPPO Care Plus dan aksesori khas.

Sementara itu, penyanyi popular Iman Troye berkata rekaan mermaid pada telefon itu amat menyerlah dan sesuai dengan gaya hidup aktif dan bergaya Gen Z.

AI Flash Photography sangat membantu ketika saya ambil gambar dalam suasana konsert atau semasa mahu mengambil gambar untuk OOTN (Outfit Of The Night),” katanya.

Maklumat lanjut mengenai Reno14 boleh didapati di laman web rasmi OPPO Malaysia di www.oppo.com.my atau laman media sosial OPPO Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada kempen pelancaran semalam, OPPO turut menganjurkan festival muzik pertamanya, Out-Of-Office (OOO) Music Festival, yang bertujuan mendekati komuniti Gen Z sambil merayakan budaya “lepak” yang sinonim dengan masyarakat Malaysia.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan