“Individu terbabit mendakwa ayah mangsa mempunyai saman berjumlah RM25,000 berkaitan akaun Touch ‘n Go sebelum panggilan itu kononnya disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, dan mangsa bercakap dengan seorang pegawai polis.
“Mangsa bertambah panik apabila dimaklumkan bahawa akaun bank atas namanya terlibat dengan kes penggubahan wang haram dan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azamuddin berkata suspek meminta mangsa membayar RM60,000 jika ingin membersihkan namanya dan kerana takut mangsa sanggup menjual barang kemas milik ibunya yang merupakan seorang pesara guru untuk mendapatkan wang bagi membuat pembayaran seperti yang diarahkan.
Kes disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA