AM

YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR SUMBANG 1,000 BAKUL MAKANAN KEPADA RAKYAT DAERAH KLUANG

20/06/2025 06:34 PM

KLUANG, 20 Jun (Bernama) -- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) meneruskan usaha kebajikan serta kemasyarakatan dengan menyumbangkan bakul makanan kepada 1,000 keluarga melibatkan komuniti di Mahkota dan Machap, di sini.

Sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian kepada Pegawai Daerah Kluang Azurawati Wahid dan Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam Mohd Fa’iz Salehon, untuk diagihkan kepada kepada penerima.

“Setiap bakul makanan mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak,” menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Majlis berlangsung hari ini di Balai Raya Taman Sri Kluang 1 bagi komuniti Mahkota dan Dewan Orang Ramai Simpang Renggam bagi komuniti Machap.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan