DUNIA

MAHKAMAH MOSCOW DENDA APPLE US$38,141 KERANA GAGAL PADAM KANDUNGAN TERLARANG

18/06/2025 08:34 PM

MOSCOW, 18 Jun (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Sebuah mahkamah di Moscow telah mengenakan denda sebanyak 3 juta rubel (kira-kira US$38,141) ke atas Apple kerana enggan memadam kandungan terlarang, menurut wakil mahkamah kepada RIA Novosti pada Rabu.

“Melalui keputusan Mahkamah Daerah Tagansky Moscow, Apple Distribution International Ltd didapati bersalah melakukan kesalahan pentadbiran di bawah Kod Kesalahan Pentadbiran Rusia. Syarikat itu dijatuhkan hukuman denda pentadbiran sebanyak 3 juta rubel,” kata wakil berkenaan.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan