DUNIA

TAWAF SELAMAT TINGGAL LANCAR, TENANG TANDA PERPISAHAN AWAL JEMAAH HAJI

09/06/2025 12:09 AM

MINA, 8 Jun (Bernama-SPA) -- Jemaah haji yang memilih untuk berangkat awal menunaikan Tawaf Selamat Tinggal pada Ahad dalam keadaan aliran jemaah yang sangat ramai di Masjidil Haram.

Menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA), Masjidil Haram mencatatkan kadar operasi melebihi 107,000 jemaah sejam hasil kesiapsiagaan tinggi dan usaha bersepadu oleh Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi berdasarkan pelan operasi haji menyeluruh tahun ini.

Pihak berkuasa berkaitan telah menggerakkan sepenuhnya segala keupayaan mereka bagi memudahkan pergerakan jemaah berlepas awal, sekali gus memastikan kelancaran pergerakan di dalam Masjidil Haram.

Perkhidmatan sokongan yang disediakan termasuk 400 kereta elektrik, lebih 10,000 kerusi roda dan 210 pintu gerbang pintar untuk mengawal keluar masuk jemaah.

Usaha ini mencerminkan pelaksanaan arahan kepimpinan Arab Saudi untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada jemaah serta memudahkan pelaksanaan ibadah mereka dalam suasana yang selamat, selesa dan tenang.

-- BERNAMA-SPA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan