AM

PM ANWAR SERTAI TAKBIR AIDILADHA BERSAMA 500 JEMAAH

06/06/2025 03:53 PM

PUTRAJAYA, 6 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertakbir raya bersama-sama jemaah di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra dekat sini, sempena Aidiladha yang akan disambut esok.

Laungan takbir dipimpin Imam Mustafa Kamal Abdullah itu diadakan selepas solat Jumaat dan disertai lebih 500 jemaah. 

Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah bertajuk ‘Falsafah Arafah’ yang disampaikan imam berkenaan.

Terdahulu, Anwar yang lengkap berbaju Melayu bewarna kelabu tiba di masjid itu pada 1 tengah hari selepas menjamu selera di Restoran Pak Zain Patin di Jalan Kampung Orang Asli Bukit Dugang di Dengkil dekat sini.

Beliau turut menyantuni pekerja restoran di bahagian dapur serta pelanggan yang menjamu selera.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan