KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi ketika awal dagangan pada Khamis.
Pada 9.22 pagi, kontrak Jun 2025 meningkat 5.5 mata kepada 1,511.0, Julai 2025 dan September 2025 masing-masing menokok 3.5 mata kepada 1,506.50 dan 1,490.0 manakala Disember 2025 menambah 5.0 mata kepada 1,496.50.
Jumlah dagangan sebanyak 753 lot manakala kepentingan terbuka pada 31,785 kontrak.
FBM KLCI meningkat 3.33 mata kepada 1,511.30 selepas 40 minit dagangan dijalankan berbanding 1,507.97 semasa ditutup pada Rabu
-- BERNAMA