EKONOMI

PENGGUNAAN TEKNOLOGI PERLU SELARI DENGAN UNDANG-UNDANG - GOBIND

28/05/2025 03:47 PM

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Pengunaan teknologi harus selari dengan undang-undang bagi memastikan ekosistem digital yang mampan, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Beliau berkata perbincangan antara kerajaan dan semua pihak berkaitan penting bagi mempersiapkan jaringan undang-undang yang selari dengan penggunaan teknologi. 

Menurutnya, perkara tersebut penting agar pengunaan teknologi tidak bertentangan dengan undang-undang sedia ada.

"Kita perlu melihat kepada teknologi dan mengambil kira kemungkinan jika berlakunya konflik dalam undang-undang.

"Jadi di Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO), kita mempunyai unit yang melihat kepada perkara ini dan pihak berkaitan boleh berhubung dengan mereka jika menghadpi masalah ini," katanya kepada pemberita selepas Forum Ekonomi ASEAN-GCC 2025, di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar satu undang-undang baharu diperkenalkan bagi membolehkan kecerdasan buatan (AI) beroperasi secara bebas tanpa tertakluk kepada undang-undang negara.

Anwar berkata walaupun undang-undang melindungi aspek kedaulatan sesebuah negara, penggubalan undang-undang baharu itu diperlukan bagi tujuan transformasi teknologi baharu.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan