JENAYAH & MAHKAMAH

BAYI LELAKI TUJUH BULAN MENINGGAL DUNIA DI TASKA

28/05/2025 10:51 AM

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Seorang bayi lelaki berusia kira-kira tujuh bulan disahkan meninggal dunia ketika berada di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Danau Kota di sini Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan daripada bapa kandung bayi itu di Balai Polis Setapak, beberapa jam selepas kejadian.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku antara 9 hingga 11 pagi.

“Mayat telah dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan oleh Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan