AM

MALAYSIA, VIETNAM METERAI KERJASAMA EKONOMI DIGITAL MENERUSI MOU OGOS INI – GOBIND

27/05/2025 04:05 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Vietnam dijangka memuktamadkan satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama dalam sektor ekonomi digital menjelang Ogos ini.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata MoU yang dicadangkan itu merangkumi bidang utama seperti transformasi digital, inovasi digital, penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi baharu serta kemahiran dan literasi digital.

Beliau berkata perkara itu dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat Menteri Sains dan Teknologi Vietnam Nguyen Manh Hung, di sini hari ini.

“Kerjasama strategik antara Malaysia dan Vietnam, khususnya dalam bidang keselamatan siber dan penerimagunaan 5G, merupakan peluang penting untuk memperkukuh keupayaan negara, menambah kestabilan serantau dan memacu kemajuan ekonomi,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau, hari ini.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan