KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri hingga 6 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan seluruh Perlis dan Kuala Lumpur, manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor dan Hulu Langat, Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Amaran sama dikeluarkan bagi Perak iaitu di kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) serta lima kawasan di Pahang iaitu Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin.
Keadaan cuaca sama dijangka berlaku di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).
Kawasan terlibat di Sabah adalah bahagian Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Pitas).
-- BERNAMA