POLITIK

Ahmad Zahid Ajak Pengundi Kenali Calon BN Menerusi Portal PRN Johor

29/06/2026 05:57 PM

JOHOR BAHRU, 29 Jun (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh pengundi dan rakyat Johor untuk mendapatkan maklumat tepat dan sahih sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menerusi laman web prnjohor.com

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata platform digital berkenaan membolehkan orang ramai mengenali calon BN di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), manifesto, perkembangan kempen dan maklumat terkini berkaitan pilihan raya itu.

“Mari bersama-sama membuat pilihan berdasarkan fakta dan maklumat yang sahih. Insya-Allah semoga yang terbaik buat Johor Darul Ta'zim," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.

-- BERNAMA

 

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2574533