AM

Permohonan Geran Uyarvu MADANI Dibuka Hari Ini Hingga 13 Julai

29/06/2026 03:38 PM

PUTRAJAYA, 29 Jun (Bernama) -- Permohonan bagi Program Bantuan Geran “Startup Accelerator” (Uyarvu MADANI) dibuka mulai hari ini sehingga 5 petang, 13 Julai, menurut Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

MITRA memaklumkan permohonan itu terbuka kepada usahawan komuniti India daripada golongan B40 atau M40 dan menawarkan geran bermula RM20,000 hingga RM50,000.

“Sebanyak 700 usahawan disasarkan akan menerima geran Uyarvu MADANI dan sokongan pembangunan perniagaan untuk membantu usahawan permulaan meningkatkan daya saing dan mengembangkan perniagaan,” kata MITRA menerusi hantaran Facebook rasminya hari ini.

Menurut MITRA, permohonan akan ditutup lebih awal sekiranya menerima 1,500 permohonan atau apabila tamat tempoh permohonan, mengikut mana yang terdahulu.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi https://www.facebook.com/share/p/14fC3ivPqK4/.

Uyarvu MADANI adalah satu daripada enam inisiatif inisiatif baharu di bawah MITRA bagi 2026, melibatkan peruntukan keseluruhan RM65.5 juta.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2574453