PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

26/06/2026 10:45 AM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Jumaat, sejajar dengan kenaikan pasaran tunai.

Pada 9.26 pagi, kontrak Jun 2026 meningkat lapan mata kepada 1,673.50, manakala Julai 2026 dan September 2026 masing-masing naik 7.5 mata kepada 1,674.50 dan 1,655.50.

Kontrak Disember 2026 pula menambah empat mata kepada 1,654.0.

Jumlah dagangan sebanyak 10,902 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 46,417 kontrak.

Pada 9.45 pagi, FBM KLCI meningkat 3.10 mata kepada 1,666.92 daripada paras 1,663.82 ketika ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2573213