AM

PM Anwar Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-70 Kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka

22/06/2026 08:51 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat ulang tahun ke-70 kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

Beliau berkata perjuangan DBP yang menginjak usia tujuh dekad terbina atas keringat, keberanian dan kesetiaan generasi terdahulu dalam membenteng jati diri nusa bangsa Malaysia.

“Semoga restu jiwa pahlawan terus bersemayam dalam sanubari seluruh sahabat bahasa dan warga institusi keramat DBP, lantas membugar semangat juang kita untuk terus memartabatkan bahasa, sastera dan budaya bangsa.

“Selamat ulang tahun ke-70 Dewan Bahasa dan Pustaka,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Sambutan ulang tahun ke-70 DBP tahun ini mengangkat tema “Restu Jiwa Pahlawan”.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2571672