DUNIA

Festival Animasi Antarabangsa China Ke-22 Buka Tirai Di Hangzhou

17/06/2026 02:41 PM

HANGZHOU, 17 Jun (Bernama-CMG) -- Festival Kartun dan Animasi Antarabangsa China (CICAF) edisi ke-22 membuka tirai di Hangzhou, provinsi Zhejiang pada Rabu.

Acara selama lima hari itu menarik penyertaan institusi, syarikat serta pengkarya animasi dari 31 negara dan wilayah.

Festival berkenaan menjadi platform pemadanan perniagaan dan pertukaran industri bagi pemain animasi tempatan dan antarabangsa, di samping membantu produk budaya China menembusi pasaran global.

CICAF kali ini memberi tumpuan kepada pemerkasaan teknologi dalam proses pendigitalan industri kartun dan animasi.

Pelbagai projek inovatif yang menerapkan teknologi termaju antaranya kandungan dijana kecerdasan buatan (AIGC), realiti maya (VR) dan manusia digital turut diperkenalkan bagi menawarkan pengalaman tontonan yang lebih interaktif dan imersif kepada pengunjung.

-- BERNAMA-CMG

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2569563