PASARAN

Bursa Saham Ditutup Tinggi Dipacu Belian Saham Terpilih

11/06/2026 07:23 PM

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi selepas didagangkan dalam julat yang kecil, disokong oleh belian terpilih yang mengimbangi aktiviti pengambilan untung.

Prestasi bercampur-campur daripada ekuiti serantau, didorong oleh ketegangan geopolitik yang memucak di Asia Barat terus menjejaskan sentimen pelabur.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.57 mata kepada 1,679.53 daripada 1,678.96 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.58 mata kepada 1,677.38 dan diniagakan antara paras 1,674.65 dan 1,680.53 semasa sesi dagangan.

Sentimen pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 562 berbanding 561, manakala 538 kaunter tidak berubah, 1,030 tidak diniagakan dan 21 digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 3.32 bilion unit bernilai RM2.88 bilion berbanding 3.97 bilion unit bernilai RM2.73 bilion semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks penanda aras ditutup dalam lingkungan positif, bagaimanapun firma itu kekal berhati-hati kerana ketidakpastian luaran terus menjejaskan prospek pasaran jangka pendek.

“Jualan asing berterusan, ditambah pula dengan kebimbangan mengenai harga tenaga yang tinggi dan perkembangan geopolitik, mungkin terus menyebabkan pelabur tidak memasuki pasaran.

“Walaupun risiko penurunan kekal, penilaian yang menarik dalam sektor terpilih mungkin terus memberi sokongan kepada pasaran yang lebih luas. Secara keseluruhan, kami menjangkakan FBM KLCI akan berada dalam julat 1,670–1,690 menjelang hujung minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pada peringkat tempatan, keuntungan disokong oleh pembelian terpilih dalam kaunter petrokimia, utiliti dan berkaitan pengguna, walaupun pengambilan untung dalam sektor yang sama mengehadkan lagi kenaikan harga.

"Ketahanan pasaran mencerminkan keutamaan berterusan pelabur terhadap saham defensif dan berorientasikan domestik dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik yang berlanjutan dan di sebalik persekitaran luaran dilihat berhati-hati," katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank turun dua sen masing-masing kepada RM10.66 dan RM4.78, manakala Tenaga Nasional menambah lapan sen kepada RM14.30, CIMB berkurangan 10 sen kepada RM7.30 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM8.67.  

Bagi saham aktif, Zetrix AI merosot 3.5 sen kepada 81 sen,

MM Computer Systems yang baru disenaraikan di Pasaran ACE menokok setengah sen kepada 22.5 sen, VS Industry menguncup satu sen kepada 20 sen, Hong Seng tidak berubah pada satu sen dan Top Glove naik dua sen kepada 83 sen.

Antara kaunter paling untung, Malaysian Pacific Industries menokok 88 sen kepada RM47.56, Nestle meningkat 72 sen kepada RM94.50, Batu Kawan menambah 52 sen kepada RM20.80 dan Kuala Lumpur Kepong pada 46 sen kepada RM20.94. 

Bagi kaunter paling rugi pula, Petronas Dagangan susut 92 sen kepada RM17.72, United Plantations merosot 70 sen kepada RM31.60, Ideal Capital berkurangan 60 sen kepada RM3.50 dan Allianz Malaysia turun 40 sen kepada RM20.56.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 2.88 mata kepada 12,453.60, Indeks FBM Top 100 turun 3.79 mata kepada 12,298.43, manakala Indeks FBM Emas Syariah naik 27.25 mata kepada 12,442.74, Indeks FBM Mid 70 berkurangan 39.38 mata kepada 17,912.41, sementara Indeks FBM ACE menambah 11.11 mata kepada 4,671.76.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 78.75 mata kepada 19,503.66, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.65 mata kepada 198.48 dan Indeks Tenaga naik 6.09 mata kepada 784.86, manakala Indeks Perladangan melonjak 11.61 mata kepada 8,805.83.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.68 bilion unit bernilai RM2.53 bilion berbanding 2.45 bilion unit bernilai RM2.40 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 1.07 bilion unit bernilai RM172.98 juta berbanding 1.05 bilion unit bernilai RM170.17 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 562.41 juta unit bernilai RM177.14 juta daripada 453.18 juta unit bernilai RM151.41 juta sebelum ini.

Mengikut sektor, kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 189.74 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian (292.87 juta), pembinaan (110.58 juta), teknologi (359.04 juta), perkhidmatan kewangan (77.0 juta), hartanah (330.62 juta), perladangan (31.18 juta), amanah pelaburan hartanah (22.57 juta), dana tertutup (1,000), tenaga (67.14 juta), penjagaan kesihatan (82.70 juta), telekomunikasi dan media (52.96 juta), pengangkutan dan logistik (32.38 juta), utiliti (32.95 juta) serta amanah perniagaan (20,000).

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2567443