DUNIA

Kongres AS Lulus Berbilion Dolar Untuk Operasi Imigresen Trump

10/06/2026 03:53 PM

WASHINGTON, 10 Jun (Bernama-dpa) -- Kongres Amerika Syarikat (AS) pada Selasa meluluskan hampir US$70 bilion peruntukan untuk agensi penguatkuasaan imigresen.

Keputusan itu memberikan kemenangan besar kepada Presiden Donald Trump dalam usaha beliau meneruskan dasar imigresen yang keras bagi baki penggal kedua, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Langkah yang disokong Republikan itu melepasi Dewan Perwakilan dengan undian tipis 214-212 setelah melepasi Dewan Senat dan kini menunggu tandatangan Trump.

Rang undang-undang itu menyediakan hampir AS$70 bilion hingga 2029 untuk Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) dan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP), agensi yang menjadi pusat agenda pengusiran dan keselamatan sempadan Trump.

-- BERNAMA-dpa

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2566972