AM

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidiladha Pada 27 Mei

17/05/2026 09:17 PM

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 27 Mei ini, menurut Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Muhammad Affendi Jalaludin.

Menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia malam ini, beliau turut mengisytiharkan 1 Zulhijah 1447H jatuh pada esok (Isnin).

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan 1 Zulhijah 1447H ialah pada 18 Mei 2026 Masihi.

“Oleh yang demikian, Aidiladha pada 10 Zulhijah bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Rabu, 27 Mei 2026 Masihi,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2558313