PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

08/05/2026 09:18 PM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, sejajar dengan kelemahan di pasaran tunai.

Kontrak Mei 2026 turun 20.5 mata kepada 1,749.5, Jun 2026 kehilangan 20.0 mata kepada 1,749.0, September 2026 berkurangan 19.5 mata kepada 1,729.5, dan Disember 2026 susut 17.0 mata kepada 1,732.0.

Jumlah dagangan menguncup kepada 6,123 lot berbanding 8,756 lot yang disaksikan semalam, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 38,616 kontrak daripada 41,372 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melemah sebanyak 10.79 mata atau 0.61 peratus, kepada 1,748.06 daripada 1,758.85.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2554716