DUNIA

Dua Maut Pesawat Kecil Langgar Bangunan Kediaman Di Brazil

05/05/2026 12:45 PM

RIO DE JANEIRO, 5 Mei (Bernama-Xinhua) -- Sebuah pesawat kecil enjin tunggal melanggar sebuah bangunan kediaman di Belo Horizonte, ibu negeri Minas Gerais, Brazil pada Isnin, mengorbankan juruterbang dan seorang penumpang, lapor Xinhua memetik jabatan bomba tempatan.

Pesawat itu hilang kawalan sejurus selepas berlepas dan melanggar bahagian ruang tangga bangunan sebelum terjunam ke kawasan parkir.

Tiga lagi individu di dalam pesawat itu cedera dan dibawa ke hospital.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan di dalam bangunan itu, tambah jabatan berkenaan.

Pesawat jenis EMB-721C buatan 1979, baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Pampulha berhampiran.

Juruterbang dilaporkan memaklumkan kepada menara kawalan bahawa beliau mengalami masalah semasa berlepas.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2552930