BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April (Bernama-Xinhua) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei mencatatkan sebanyak 17 kebakaran hutan dan belukar sepanjang hujung minggu lepas, susulan tempoh cuaca yang amat panas di negara itu, lapor Xinhua.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin, jabatan itu memaklumkan yang kebakaran yang berlaku pada Sabtu dan Ahad memusnahkan kira-kira 68 hektar kawasan berhampiran ibu negara, Bandar Seri Begawan.
Pihak berkuasa turut mendedahkan yang sebanyak 135 kebakaran hutan dan belukar direkodkan di seluruh negara sepanjang April tahun ini, menunjukkan peningkatan ketara dalam insiden seumpama itu.
Sementara itu, Kementerian Pembangunan memaklumkan yang Brunei kini mengalami keadaan berjerebu akibat kebakaran hutan dan belukar setempat, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kualiti udara dan kesihatan awam.
-- BERNAMA-XINHUA