KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar merafak sembah setinggi-tinggi tahniah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-64 Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Shamsul Azri yang mewakili seluruh warga perkhidmatan awam turut mendoakan kesejahteraan baginda serta seluruh kerabat diraja.
“Semoga Tuanku Sultan dan Sultanah serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat, afiyah dan berada dalam keadaan sihat sejahtera serta penuh kedaulatan dalam memayungi rakyat Terengganu.
“Daulat Tuanku!,” katanya.
-- BERNAMA