AM

Fahmi Serah 30 Komputer Kepada Pasukan D11 IPK Selangor

24/04/2026 12:06 AM

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyempurnakan penyerahan 30 unit komputer kepada pasukan D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi memperkukuh keupayaan siasatan berdepan ancaman jenayah digital yang semakin kompleks.

Beliau berkata inisiatif itu juga mencerminkan pentingnya kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melindungi wanita, kanak-kanak serta golongan rentan, selain memastikan ruang digital negara kekal selamat.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga PDRM atas jasa, pengorbanan dan komitmen dalam memelihara keamanan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fahmi turut berharap PDRM terus diberi kekuatan untuk melaksanakan amanah dengan cemerlang.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2548509