PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

21/04/2026 06:55 PM

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan pasaran tunai yang kukuh.

Kontrak April 2026 menambah 13.50 mata kepada 1,711.50, Mei 2026 naik 13.50 mata kepada 1,712.50, Jun 2026 meningkat 13.50 mata kepada 1,712.50 dan September 2026 menokok 12 mata kepada 1,691.50.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 5,912 lot daripada 8,278 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka menurun kepada 38,566 kontrak daripada 40,887 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 13.03 mata atau 0.77 peratus kepada 1,715.33 daripada 1,702.30 pada Isnin.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2547712