PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

20/04/2026 10:06 AM

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada Isnin. 

Pada 9.30 pagi, kontrak April 2026 menurun empat mata kepada 1,684.50, Mei 2026 berkurangan 4.5 mata kepada 1,684.50, Jun 2026 menyusut 3.5 mata kepada 1,685.00 dan September 2026 merosot 4.5 mata kepada 1,665.00. 

Jumlah dagangan sebanyak 1,496 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 33,358 kontrak.

Selepas 42 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 1.08 mata kepada 1,696.29 daripada 1,695.21 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2546832