ALOR GAJAH, 12 April (Bernama) -- Konsep Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) semakin diterima ramai selepas ia mula diperkenalkan tahun lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata ia terbukti dengan kehadiran ramai pengunjung ke rumah terbuka anjurannya di Masjid Tanah di sini hari ini.
“Di bawah payung Melaka Sayang Rakyat ini kita meraikan rakyat Melaka untuk bersama-sama menyambung silaturahim dalam satu majlis rumah terbuka yang kita isikan dengan penuh keharmonian dan persaudaraan antara kaum.
“Kita lihat hari ini ramai kaum Melayu, Cina dan India datang meraikannya,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berkenaan di Masjid Tanah di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan pelbagai juadah tradisi dihidangkan kepada tetamu.
-- BERNAMA