Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, diiringi Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan merangkap Presiden Kehormat Seumur Hidup MCA, Tun Dr Ling Liong Sik, di Pusat Xiao En hari ini.
Dr Ling meninggal dunia pada Sabtu lepas pada usia 82 tahun, meninggalkan isteri Toh Puan Ong Ee Nah serta dua cahaya mata lelaki, Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim serta isteri kepada Tun Dr Ling Liong Sik, Toh Puan Ong Ee Nah semasa Upacara Penghormatan Terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA itu di Pusat Xiao En hari ini.
Turut sama Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Dr Ling meninggal dunia pada Sabtu lepas pada usia 82 tahun, meninggalkan isteri serta dua cahaya mata lelaki, Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika ditemui pemberita semasa hadir Upacara Penghormatan Terakhir bagi bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik di Pusat Xiao En hari ini. Turut sama Menteri Digital Gobind Singh Deo --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming selepas hadir Upacara Penghormatan Terakhir bagi bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik di Pusat Xiao En hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh selepas hadir Upacara Penghormatan Terakhir bagi bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik di Pusat Xiao En hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
AM
Ahmad Zahid Beri Penghormatan Terakhir Kepada Tun Dr Ling