KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Pemain skuasy negara Aifa Azman tersingkir awal pada Kejohanan Skuasy Terbuka Antarabangsa El Gouna 2026 di Mesir selepas tewas kepada pemain England, Jasmine Hutton pada pusingan 32 terbaik, hari ini.
Aifa tewas 6-11, 9-11, 6-11 dalam tempoh 28 minit.
Pemain Malaysia itu sebelum ini pernah menewaskan Jasmine pada kejohanan Terbuka Squash On Fire 2022.
Hutton akan berdepan pemain Mesir Fayrouz Aboelkheir bagi merebut tempat ke suku akhir.
-- BERNAMA