Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 14 Mei depan untuk mengetahui status keputusan representasi seorang wanita untuk menggugurkan pertuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri tahun lepas.
Majistret Norizan Riduan menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Zariss Sofea Zainudin memaklumkan representasi dikemukakan Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 41, yang dihantar ke Jabatan Peguam Negara pada 6 Feb lepas masih belum diputuskan.
Beliau turut memohon tarikh baharu untuk memaklumkan keputusan representasi berkenaan.