DUNIA

Iran Tuntut Pampasan Atas Kerugian Akibat Serangan AS-Israel

30/03/2026 10:20 AM

TEHRAN, 30 Mac (Bernama-MNA) -- Iran menuntut pampasan bagi kerugian yang dialaminya susulan serangan berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, menurut jurucakap kerajaan Iran Fatemeh Mohajerani, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Dalam wawancara dengan Al Jazeera, Mohajerani berkata Iran tidak memulakan peperangan itu, yang menyebabkan negara berkenaan menanggung “kerugian besar”, termasuk dari segi korban jiwa serta kerosakan terhadap kediaman dan infrastruktur awam.

Beliau turut berkata pampasan merupakan antara tuntutan yang akan dibincangkan dalam sebarang rundingan, sambil menambah bahawa kawalan ke atas Selat Hormuz serta penarikan sekatan turut menjadi perkara utama lain yang perlu diambil kira.

“Kami bersedia untuk bergerak ke arah keamanan yang mampan,” katanya.

-- BERNAMA-MNA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2538830