KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Lexis Hotel Group memperkenalkan tawaran eksklusif dengan penjimatan sehingga 32 peratus bagi baucar penginapan sempena Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2026 yang dijadual berlangsung dari 3 hingga 5 April ini.
Lexis Hotel Group dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tawaran tersebut melibatkan semua hotel dan resort di bawah rangkaiannya yang terletak di Port Dickson, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang ditawarkan di reruai 1S25, Aras 1, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Menerusi kempen bertemakan ‘Book More, Save More, Win More Gold’, pelancong boleh menikmati nilai yang istimewa serta hadiah menarik.
“Selain baucar bilik pada harga diskaun, tetamu juga akan menikmati tiada surcaj untuk mana-mana tarikh penginapan, memberikan fleksibiliti yang lebih besar untuk merancang percutian impian mereka pada masa pilihan sendiri.
“Tetamu yang membeli baucar istimewa ini juga berpeluang memenangi jongkong emas, hadiah eksklusif serta penginapan percuma dengan jumlah nilai melebihi RM20,000,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, promosi berkenaan menawarkan harga bersih bermula serendah RM200 dengan tempoh sah baucar selama 12 bulan dari tarikh pembelian, sekali gus memberikan masa yang mencukupi untuk pelancong merancang percutian mereka.
“Setiap baucar bilik yang sah selama satu tahun dari tarikh pembelian merangkumi penginapan satu malam untuk dua orang, lengkap dengan kemudahan bilik serta layanan hospitaliti istimewa yang sinonim dengan Lexis.
“Tetamu yang ingin menambah sarapan boleh membeli baucar sarapan secara berasingan pada harga bersih RM40 seorang bagi Lexis hotel dan resort di Port Dickson dan Pulau Pinang,” menurut Lexis Hotel Group.
Lebih menarik, setiap pembelian baucar bilik Lexis Hotel, tetamu berpeluang memenangi pelbagai hadiah menerusi beberapa program antaranya Cabaran Slogan Emas Lexis dengan membeli satu baucar dan lengkapkan borang slogan dengan jawapan kreatif sekurang-kurangnya 25 patah perkataan untuk melayakkan diri.
Menerusi 'Cabaran Detik Emas Lexis', pembelian dua baucar akan menerima plushie Lexis secara percuma untuk dijadikan kandungan media sosial yang menarik dengan memuat naik foto atau video di Instagram atau TikTok, serta tag @lexishotelgroup, dengan profil awam dan hantaran yang paling kreatif akan menang.
“Menerusi Cabaran Percutian Emas Lexis, tetamu yang membeli tiga baucar atau lebih akan secara automatik layak menyertai Cabutan Top Spender, yang menawarkan peluang memenangi hadiah utama antaranya tiga jongkong emas 999.9 Lunar Horse (5g) serta penginapan mewah di pelbagai hotel dan resort Lexis,” menurut kenyataan itu.
Bagi maklumat lebih lanjut, sila layari https://www.lexis.my
-- BERNAMA