JENAYAH & MAHKAMAH

Kastam Terengganu Rampas 850,000 Batang Rokok Putih, Kretek

25/03/2026 03:15 PM

Beliau berkata nilai rampasan termasuk duti dan cukai berjumlah RM356,259.64, iaitu nilai rokok sebanyak RM72,747.60 serta jumlah duti dan cukai RM283,512.04, dengan semua barangan itu disita untuk siasatan lanjut.

Hasbollah berkata sindiket itu menggunakan modus operandi menyimpan rokok tidak berkastam di premis kediaman bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Kes disiasat  mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki atau menyimpan barang tidak berkastam atau larangan import.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda minimum RM100,000 dan tidak melebihi 20 kali nilai barang atau RM500,000 mana lebih besar atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2537468