KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup mulai Jumaat hingga Isnin (20-23 Mac 2026) bersempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Dalam kenyataan hari ini, katanya Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan menyambung semula dagangan pada Selasa (24 Mac 2026).
“Pasaran sekuriti dan derivatif akan beroperasi mengikut waktu dagangan biasa pada Khamis (19 Mac 2026).
“Bagaimanapun, tiada sesi dagangan malam T+1 bagi pasaran derivatif pada tarikh itu,” katanya.
Menurut Bursa Malaysia, pasaran utama Bursa Gold Dinar dan Bursa Suq Al-Sila’ akan terus dibuka untuk dagangan dalam talian sepanjang cuti umum itu.
-- BERNAMA