PASARAN

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

03/03/2026 09:15 PM

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan selama lima hari pada Selasa, memulihkan sebahagian kerugian semalam, didorong oleh kenaikan saham perbankan berwajaran tinggi, minyak dan gas serta minat belian semula saham runcit terpilih walaupun prestasi pasaran serantau merosot.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11.74 mata atau 0.69 peratus kepada 1,711.95 daripada 1,700.21 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks utama itu dibuka 4.02 mata lebih tinggi kepada 1, 704.23, mencatatkan paras terendah harian sebelum merekodkan paras tertinggi harian 1,715.93 sepanjang sesi dagangan.

Pasaran secara menyeluruh negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 608 berbanding 564 manakala 516 kaunter tidak berubah, 936 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung. 

Jumlah dagangan susut kepada 3.31 bilion unit bernilai RM3.67 bilion daripada 3.90 bilion unit bernilai RM3.91 bilion pada Isnin.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata walaupun terdapat penurunan berterusan baru-baru ini dan risiko geopolitik yang memuncak, perkembangan konstruktif muncul dalam aliran pasaran.

Beliau berkata pelabur asing telah menjadi pembeli bersih semalam dengan aliran masuk sebanyak RM271 juta, merupakan antara pembelian bersih harian tertinggi direkodkan setakat ini pada 2026.

“Ini menunjukkan bahawa minat asing dalam ekuiti Malaysia masih ada walaupun terdapat ketidakpastian luaran yang meningkat dan mungkin mencerminkan pengumpulan terpilih pada penilaian yang lebih menarik. Oleh itu, pemulihan ini nampaknya membawa dimensi struktur dan bukannya semata-mata didorong oleh sentimen,” katanya kepada Bernama.

Dalam perbandingan serantau, FBM KLCI mengatasi kebanyakan indeks utama Asia, kebanyakannya kekal di bawah tekanan dalam persekitaran kerugian berterusan disebabkan konflik Timur Tengah yang semakin meluas.

“Walaupun risiko luaran kekal tidak menentu, daya tahan pendapatan dan penyertaan asing yang kembali menyediakan asas lebih kukuh untuk penstabilan jangka pendek, walaupun ketidaktentuan yang didorong oleh tajuk berita dijangka berterusan sekiranya ketegangan geopolitik semakin memuncak,” kata Mohd Sedek.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura meningkat sebanyak 0.53 peratus kepada 4,916.65, Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 1.12 peratus kepada 25,768.08, Nikkei 225 Jepun menyusut 3.06 peratus kepada 56,279.05 dan KOSPI Korea Selatan berkurangan 7.24 peratus kepada 5,791.91.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank naik 12 sen kepada RM11.84, Public Bank menambah empat sen kepada RM4.89, CIMB meningkat lapan sen kepada RM8.02, TNB menokok 10 sen kepada RM14.38, Hong Leong Bank tidak berubah pada RM23.40 dan SD Guthrie susut empat sen kepada RM5.60. 

Bagi saham aktif, Bumi Armada melonjak tiga sen kepada 38 sen, Velesto melonjak 1.5 sen kepada 33 sen, SP Setia tidak berubah pada 92 sen, Capital A berkurangan dua sen kepada 50 sen dan GDB merosot setengah sen kepada 37.5 sen.

Kaunter paling untung menyaksikan Nestle naik 60 sen kepada RM107.50, Hong Leong Financial Group menambah 30 sen kepada RM21.42, Hengyuan Refining Company melonjak 28 sen kepada RM1.35 dan Petronas Dagangan naik 24 sen kepada RM22.50.

Antara kaunter paling rugi, Malaysian Pacific Industries susut 58 sen kepada RM30.42, Panasonic Manufacturing berkurangan 19 sen kepada RM7.08, manakala Allianz Malaysia dan Sunway Construction merosot 18 sen masing-masing kepada RM21.74 dan RM6.77.

Dalam pasaran secara menyeluruh, Indeks FBM Emas meningkat 71.43 mata kepada 12,552.42, Indeks FBM Top 100 naik 72.16 mata kepada 12,376.87, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 55.25 mata kepada 12,171.85, Indeks FBM Mid 70 menambah 44 mata kepada 17,358.01 dan Indeks FBM ACE naik 6.76 mata kepada 4,615.76.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 174.44 mata kepada 21,003.54, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.82 mata kepada 172.21, Indeks Tenaga meningkat 23.94 mata kepada 802.11 dan Indeks Perladangan susut 19.49 mata kepada 8,177.07.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 2.16 bilion unit bernilai RM3.43 bilion daripada 2.37 bilion unit bernilai RM3.62 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran susut kepada 824.92 juta unit bernilai RM108.24 juta daripada 933.54 juta unit bernilai RM105.71 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 328.84 juta unit bernilai RM17.09 juta daripada 586.59 juta unit bernilai RM178.30 juta sebelumnya.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 274.58 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (291.09 juta), pembinaan (168.54 juta), teknologi (185.37 juta), perkhidmatan kewangan (131.68 juta), hartanah (361.06 juta), perladangan (34.83 juta), amanah pelaburan hartanah (26.13 juta), dana tertutup (22,600), tenaga (438.63 juta), penjagaan kesihatan (112.37 juta), telekomunikasi dan media (53.87 juta), pengangkutan dan logistik (43.83 juta), utiliti (39.29 juta) dan amanah perniagaan (407,800).

-- BERNAMA

 

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2530039