AM

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Tidak Berubah Pagi Ini

03/03/2026 09:21 AM

KOTA KINABALU, 3 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 363 orang daripada 133 keluarga pada pagi ini, berbanding malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa merupakan penduduk yang terjejas banjir di Beaufort.

“Kesemua mangsa masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara Dewan DUN Banir yang dibuka sejak Rabu lepas,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 93 kampung di daerah berkenaan terkesan akibat bencana itu.

Sekretariat itu turut memaklumkan tiada sebarang laporan kemalangan jiwa atau mangsa terkorban diterima setakat ini.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2529727