ABU DHABI, 3 Mac (Bernama-WAM) -- Kementerian Pertahanan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memaklumkan bahawa sistem pertahanan udara negara itu sedang memintas serangan peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Iran, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Kementerian itu menegaskan kesiapsiagaan penuhnya untuk menangani semua ancaman bagi memastikan perlindungan wilayah negara serta keselamatan semua warganegara dan penduduk.
-- BERNAMA-WAM