DUNIA

1 Maut, 7 Cedera Susulan Insiden Di Lapangan Terbang Abu Dhabi

01/03/2026 09:03 AM

ABU DHABI, 1 Mac (Bernama-Xinhua) -- Abu Dhabi Airports pada Ahad memaklumkan bahawa satu insiden berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, Abu Dhabi, mengakibatkan seorang maut dan tujuh cedera, lapor Xinhua.

Dalam satu hantaran di platform media sosial X, pengendali lapangan terbang itu mengesahkan bahawa mangsa yang meninggal dunia adalah seorang warga Asia, manakala mereka yang cedera menerima bantuan perubatan.

“Orang ramai diminta mengelak daripada menyebarkan khabar angin dan hanya merujuk kepada sumber rasmi. Kemas kini akan diberikan,” menurutnya.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2528981