DUNIA

Denmark Adakan Pilihan Raya Parlimen Pada 24 Mac: PM

27/02/2026 10:45 PM

COPENHAGEN, 27 Feb (Bernama-Xinhua) -- Denmark akan mengadakan pilihan raya parlimen pada 24 Mac, umum Perdana Menteri Mette Frederiksen pada Khamis, lapor Xinhua.

Berucap di Parlimen Denmark (Folketing), Frederiksen berkata para pengundi akan menentukan "hala tuju yang akan diambil oleh Denmark bagi tempoh empat tahun akan datang". Pilihan raya itu akan menentukan keanggotaan 179 ahli parlimen, termasuk kerusi yang mewakili Greenland dan Kepulauan Faroe.

Mengikut peraturan Denmark mengenai poster pilihan raya, poster kempen boleh dipasang bermula tengah hari pada Sabtu keempat sebelum hari pengundian, bermakna parti boleh mula menggantung poster mulai tengah hari Sabtu ini bagi pilihan raya berkenaan.

Denmark ialah sebuah monarki berperlembagaan yang ditadbir di bawah sistem parlimen. Folketing mempunyai 179 kerusi, termasuk masing-masing dua kerusi bagi Greenland dan Kepulauan Faroe. Blok tengah kiri Frederiksen memenangi pilihan raya umum terakhir pada November 2022.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2528622