DUNIA

Pusat Penerangan Persidangan NPC, CPPCC 2026 Dibuka Hari Ini

27/02/2026 04:57 PM

BEIJING, 27 Feb (Bernama- CMG) -- Pusat Penerangan Sidang Keempat Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-14 dan Sidang Keempat Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) telah dibuka secara rasmi di Hotel Media Center Beijing.

Sidang tahunan NPC dan CPPCC akan dirasmikan di Beijing, masing-masing pada 4 dan 5 Mac.

Pusat penerangan itu menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan kepada wartawan asing dan tempatan.

Antaranya, dewan sidang akhbar dan bilik temu bual  untuk mengadakan siri aktiviti penerangan bertemakan ekonomi, kehidupan rakyat, diplomatik dan lain-lain.

Setakat ini, lebih 3,000 wartawan termasuk 2,000 wartawan tempatan telah mendaftar untuk membuat liputan bagi dua sidang berkenaan.

-- BERNAMA-CMG



 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2528436