KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Lorong di laluan paling kiri Plaza Tol Kempas (Arah Selatan) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan ditutup sementara mulai 9 malam pada 27 Feb sehingga 8 pagi 1 Mac.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penutupan lorong berkenaan adalah bagi kerja penambahbaikan turapan jalan di kilometer (KM) 7.80, dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya.
Kenderaan berat melebihi had lebar turut dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dalam tempoh tersebut.
“Pengguna lebuh raya disaran supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini. Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit.
“Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Pembantu Maya PUTRI, Aplikasi X@plustrafik, Paparan Mesej Elektronik (VMS) di lokasi terpilih. Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA