DUNIA

Jawatankuasa Siasatan Rusia Sahkan Anggota Polis Trafik Maut Dalam Letupan Di Moscow

24/02/2026 12:32 PM

MOSCOW, 24 Feb (Bernama-TASS) -- Jabatan Jawatankuasa Siasatan Rusia di Moscow mengesahkan seorang anggota polis trafik maut dalam satu letupan di hadapan stesen kereta api Savyolovsky di ibu negara Rusia. manakala dua lagi cedera, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

“Akibat tindakan penyerang itu, seorang anggota polis trafik maut di lokasi kejadian. Dua lagi anggota polis dibawa ke hospital bandar untuk diberikan rawatan perubatan,” menurut Jawatankuasa Siasatan dalam satu laporan.

Penyerang itu turut maut di tempat kejadian, menurut jabatan Kementerian Dalam Negeri Rusia di Moscow selepas menganalisis rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV).

Jawatankuasa Siasatan telah membuka kertas siasatan berhubung letupan itu.

-- BERNAMA-TASS

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2526964