KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada sesi itu, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta membincangkan isu-isu semasa berkepentingan negara.
Menurut catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan Perdana Menteri bersama dengan Seri Paduka Baginda itu berlangsung di Istana Bukit Tunku, di sini.
-- BERNAMA