AM

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Menurun Kepada 3,266 Orang

22/02/2026 05:11 PM

KOTA KINABALU, 22 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang daripada 1,401 keluarga petang ini berbanding 5,141 orang daripada 2,160 keluarga 8 pagi tadi.

Menerusi kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, kesemua mangsa di Pitas, Paitan dan Tawau itu ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara.

Pitas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,171 orang diikuti Paitan (850) manakala Tawau (245). 

“Banjir di ketiga-tiga daerah itu telah menjejaskan 70 kampung,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah petang dan malam.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2526350