AM

312 Mangsa Banjir Di Beaufort Kekal Di PPK Selagon

14/02/2026 05:54 PM

KOTA KINABALU, 14 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di daerah Beaufort kekal seramai 312 orang daripada 121 keluarga setakat 4 petang hari ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, kesemua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.

“Lapan kampung terjejas sejak banjir melanda daerah ini pada Khamis lepas akibat hujan berterusan,” menurut sekretariat itu .

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan pedalaman Sabah termasuk Nabawan dan Tambunan. 

Di pantai barat pula, kawasan seperti Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Ranau, Tawau, Sandakan,Telupid, Tongod dan Kinabatangan turut berisiko hujan lebat dan angin kencang.

-- BERNAMA

 

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2524096