JENAYAH & MAHKAMAH

Penduduk Rugi RM10,000 Tanaman Kelapa Dirosakkan Beruang

10/02/2026 08:19 PM

"Ketika itu saya sekeluarga sedang berbual di beranda rumah, tiba-tiba kami ternampak seekor beruang menghampiri rumah dalam jarak 20 meter sebelum memasuki semak berhampiran," katanya.

Jantan berkata dalam tempoh lima minit selepas itu, anak perempuannya melihat seekor lagi beruang sedang memakan sampah sarap berhampiran pintu dapur rumahnya. 

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata pihaknya telah memasang perangkap di kampung itu pada 2 Feb selepas menerima aduan.

Beliau berkata pihaknya turut memasang sebuah lagi perangkap di kampung bersebelahan, iaitu di Kampung Dendang yang turut diganggu hidupan liar itu. 

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2522466