AM

Kadar Zakat Fitrah Sabah RM7.50 Dan RM15 - MUIS

10/02/2026 05:38 PM

KOTA KINABALU, 10 Feb (Bernama) -- Kadar zakat fitrah Sabah bagi tahun ini ditetapkan pada RM7.50 bagi mereka yang menjadikan beras putih import sebagai makanan harian manakala RM15 bagi beras wangi.

Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam kenyataan memaklumkan penetapan kadar itu berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad bersamaan 2.7 kilogram beras iaitu kadar beras yang dimakan oleh majoriti penduduk negeri itu.

“Zakat fitrah diwajibkan terhadap setiap individu beragama Islam yang bermastautin di Sabah dan hendaklah ditunaikan mengikut jenis beras yang menjadi makanan harian,” menurut kenyataan itu.

MUIS menyeru umat Islam menyempurnakan ibadah zakat fitrah sebagai tanda kesyukuran serta keprihatinan terhadap golongan memerlukan.

 

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2522357