PASARAN

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

05/02/2026 06:14 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, didorong oleh penurunan niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang rendah, kata peniaga.

Pada masa ini, harga minyak mentah Brent merosot 1.73 peratus kepada US$68.26 setong.

Beliau berkata sentimen pasaran terus terjejas oleh ketidaktentuan mengenai dasar monetari Amerika Syarikat (AS) selepas kenyataan rasmi yang bercampur-campur.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh kebimbangan mengenai pengeluaran yang rendah di negara-negara pengeluar utama getah asli,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 5.5 sen kepada 750.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 576.5 sen sekilogram. 

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2520552