Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh petunjuk bercampur-campur daripada niaga hadapan serantau dan harga minyak mentah, kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran terus terjejas oleh data ekonomi China yang negatif dan kelewatan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan berikutan penutupan separa kerajaan AS.
“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh petunjuk pembuatan global yang positif dan keyakinan terhadap potensi ketegangan geopolitik yang mereda,” katanya kepada Bernama.
Katanya niaga hadapan getah Jepun menurun pada sesi ketiga berturut-turut pada Selasa berikutan permintaan domestik yang rendah.
Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 10 sen kepada 754.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan 1.5 sen kepada 576 sen sekilogram.
-- BERNAMA